Thursday, 26 May 2011

KATA GANDA SELURUH KATA

  Kata ganda seluruh ialah kata yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya.
·         Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-)

·         Kata ganda seluruh terdiri daripada:

1.    Kata nama
2.    Kata adjektif
3.    Kata  kerja
4.    Kata keterangan



·         Kata ganda seluruh menyatakan makna:
1.    Jamak atau banyak
 Contoh ; beg-beg
2.    Tunggal atau satu
Contoh; anai-anai
3.    Banyak yang bersifat
Contoh; murah-murah
4.    Menguatkan keterangan
Contoh; sungguh-sungguh

JENIS-JENIS KATA GANDA

Kata ganda terdiri daripada :
1.    Kata ganda seluruh
2.    Kata ganda separa
3.    Kata ganda bersajak/berirama
4.    Kata ganda berimbuhan

SET INDUKSI

IA MERUPAKAN SATU CARA UNTUK MENARIK PERHATIAN PELAJAR

RANCANGAN PENGAJARAN

Assalamualaikum,
Blog ini digarap khas untuk menyempurnakan projek kerja kursus PGT436E. Oleh itu, projek berbentuk online module ini akan membincangkan topik Kata Ganda mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah. Setiap sumber yang dipetik akan dimuatkan di dalam menu Bibliografi. Online Module ini dapat diakses menerusi menu yang terdapat pada bahagian atas blog. Hanya KLIK sahaja. Semoga memberi manfaat.